Sejarah operasi Curtiss_A-18_Shrike

A Y1A-18

Varian baharu Y1A-18 telah dipertingkatkan dengan menaik taraf enjin jejari  Wright R-1820 -47  850 hp (630 kW) berserta kipas tiga bilah menggantikan model dua bilah asal. Tiga belas pesawat telah dihasilkan, nombor siri 37-52 hingga 37-64,  dengan kos kontrak $1,259,235.00, pesawat contoh pertama yang dihasilkan (Y1A-18) pertama kali diterbangkan pada 3 Julai 1935. walaupun berjaya dalam ujian, tiada pengeluaran selanjutnya ditempah kerana kekurangan dana serta kewujudan pesawat yang lebih canggih (seperti Douglas A-20 Havoc ).

Selepas tamat ujian perkhidmatan, Y1A-18 telah dinamakan semula sebagai A-18 . Pesawat-pesawat tersebut telah ditugaskan ke Skuadron Serangan ke -8, Kumpulan Serangan ke-3 di Padang Barksdale, Louisiana pada tahun 1937.  Skuadron itu memenangi Piala Harmon yang diidam-idamkan bagi kategori ketepatan penembakan dan pengeboman pada tahun pertama perkhidmatan mereka.   Semasa perkhidmatannya dengan Skuadron Serangan ke-8, gear pendaratan boleh tarik pesawat A-18 didapati mempunyai kelemahan. Sekurang-kurangnya daripada 8 daripada 13 buah pesawat A-18 mengalami keruntuhan gear pendaratan semasa berlepas atau mendarat. Sebahagian daripada pesawat itu telah digantikan oleh model awal A-20 Havocs pada tahun 1941.

A-18 hanya digunakan untuk tempoh yang singkat sebelum digantikan dengan pesawat penyerang yang lebih canggih. Selepas perkhidmatannya dengan Skuadron ke-8, pesawat itu telah ditugaskan ke beberapa Skuadron Pengeboman Ringan sepanjang tahun 1940-42, mungkin digunakan sebagai pesawat sokongan. Pesawat A-18 Shrike II yang terakhir telah bersara daripada skuadron barisan hadapan pada tahun 1942; tiada satu pun pesawat itu pernah digunakan dalam pertempuran.  

Akhir sekali, empat daripada A-18 (37-52, 37-56, 37-61, dan satu lagi tidak dikenal pasti) telah ditugaskan ke Tentera Udara Caribbean pada akhir November 1941 berpangkalan di Albrook Field . Tiga daripada pesawat itu mula-mula ditugaskan ke Markas dan Skuadron Ibu Pejabat, 12th Pursuit Wing, manakala pesawat keempat ditugaskan kepada HHS Bomber Command (kemudian VI Bomber Command ) di Albrook. Pesawat itu kekal dengan unit ini sehingga Februari 1942. [5]

Menjelang Disember 1942, terdapat hanya dua atau tiga buah pesawat masih boleh terbang. Sebuah telah digunakan sebagai pesawat tunda sasaran, dua lagi dikendalikan sebagai pesawat peninjau oleh Skuadron Peninjau ke -108 (Khas) dari Howard Field bagi aktiviti meronda pendekatan ke Terusan Panama .Pesawat A-18 37-61 pula telah rosak dalam kemalangan ketika mendarat di padang Albrook pada 22 Februari 1943. [6] Siri 37-56 telah dipindahkan ke pusat latihan kerangka pesawat di Howard. Semua pesawat ini akhirnya dilupuskan di Canal Zone pada penghujung tahun 1943. [5]